5/23/2008

Rear Fog lamp

Tajuk di atas adalah tajuk yang jarang sekali di bincangkan oleh rakyat malaysia.Baiklah,saya terangkan serba sedikit tentang lampu kabus belakang ( Rear Fog Lamp ).Lampu ini biasanya dipasang pada kenderaan yang beriklim sejuk atau yang lebih mudah lagi,negara yang bersalji.Tujuannya ialah untuk memastikan jarak keselamatan antara kenderaan hadapan dan belakang.Biasanya pada waktu-waktu tertentu seperti musim salji,jarak penglihatan adalah amat terhad,jadi dengan adanya lampu ini sedikit sebanyak akan membantu pemandu menentukan jarak kenderaan mereka.Di negara kita pemasangan lampu seperti ini tidak dapat dipastikan samada dialami benarkan atau tidak,tetapi pada pendapat saya,sekiranya negara kita mengalami musim hujan,ada gunanya lampu seperti ini.Ini kerana kadar kemalangan di negara juga mencatat angka yang tinggi.Perlu diingat,sekiranya kenderaan anda dilengkapi dengan lampu ini ( kenderaan CBU ),jangan sekali kali anda gunakan pada waktu biasa;ini boleh menyebabkan pemandu lain terganggu dengan silauan lampu kenderaan anda.... : )

5/20/2008

Toyota SE ( Limited Edition )

Gambar ni diambil di salah satu bengkel yang terletak di sekitar Bandar Baru Bangi ( tempat dirahsiakan atas kehendak owner ). "Sebenarnya kereta ni masih boleh digunakan lagi,cuma aku dah tak beberapa minat dengan besi buruk ni,kereta yang ada sekarang ni tak terpakai tau.Sapa nak pakai-pakai lah...cume kene hidupkan road tax jer.Saje je letak kat bengkel kawan aku ni,nk letak kat rumah mcm menyemak jer...tol tak?" kata pemunya kereta ni En(rahsia).Kesimpulan daripada cerita di atas ni,sape-sape yang kat luar sana tu,yang ada kereta lebih...belajar-belajar la sedekah ye....: )

Perodua Myvi?



Kalau anda amati betul-batul kenderaan di atas,saling tak tumpah sama seperti Myvi.Tetapi sebenarnya adalah Daihatsu Boon.Juga boleh dikenali sebagai Perodua Myvi,Toyota Passo dan Subaru Justy.. : )

Top Overhaul ( kancil )

Contoh Cylinder Head Perodua Kancil yang akan dirombak rawat setelah mencapai batuan 150000km.Ini bermakna enjin perlu dibuat top overhaul bagi menggantikan gasket yang baru dan membersihkan enjin pada bahagian dalaman. Ianya bertujuan untuk memastikan enjin berjalan dengan lancar selepas top overhaul.


5/11/2008

Kebocoran Minyak Enjin


Kita sering kali menghadapi masalah minyak enjin kurang pada kenderaan kita,tetapi yang menjadi masalah utama adalah kebanyakkan masalah ini berlaku di luar pengetahuan kita.Biasanya apabila sudah sampai kepada tahap yang kritikal barulah kita perasan berlaku kebocoran minyak enjin.Apabila sudah sampai ke tahap seperti gambar di atas,bermakna kos untuk baik pulih akan bertambah.Jadi,apa kata rajin-rajin la periksa kenderaan anda secara rawak......

( kenderaan di atas adalah jenis mitsubishi storm )