12/05/2012

Masalah Fuel Pump / Pam Bahan Api Proton Waja Dan Gen2

Bagi pemilik baru kereta Waja dan Gen2 may be agak terkejut sikit tentang masalah yang akan aku ceritakan ni iaitu fuel pump. Sesiapa yang pernah terkena, takziah aku ucapkan termasuk diri aku sendiri.hahaha padan muka aku. ( Gen2 aku telah selamat dijadikan barang perhiasan buat masa ni, InsyaAllah dalam waktu terdekat ni akan ku ubah menjadi Gen3 ).

FYI bagi pemilik baru ni, korang jangan bimbang la, fuel pump ni bukannya selalu rosak pun, cuma akan berlaku kerosakkan bila sampai ajalnya nanti. Kita imbas kembali sejarah kereta ni, pada peringkat awal pengeluarannya, harga bagi fuel pump baru memang macam haremm. Mahal nak mampos. Aku dah tak berapa ingat la bila kali pertama aku beli fuel pump. Yang aku ingat fuel pump waja milik bos aku, masa aku kerja makan gaji dulu. Sekarang ni dah murah dah. Kali terakhir aku beli fuel pump ni untuk kereta perhiasan aku tu la, Harganya lebih kurang RM100++.

Cara nak menukarkan sebenarnya senang sangat bagi aku, tapi bagi yang belum pernah lakukannya, mungkin agak sukar. Kalau nak senang aku ada caranya. Hantar sahaja kepada yang pakar, Korang beli sendiri, then upah mana-mana mekanik. Ala korang bayar la upah makanik tu dalam RM 20 - RM30, tapi jangan lebih RM50. Ha macamana pulak tu?hehehe..

Ok, lokasi fuel pump ni sebenarnya diletakkan di dalam fuel tank atau tangki bahan api. kalau nak tukar kena buka tangki ker? Jawapannya tidak. Korang selak je seat belakang, mesti jumpa punya. Bahagian yang paling kuat bau petrol tu, itulah lokasinya. Korang tengok sendiri la gambar yang aku bagi tu.


12/02/2012

Santai

video ni aku rasa paling sesuai kalau sape-sape yg rasa macam down jer dan nak kembalikan tahap motivasi diri pada peringkat tertinggi setinggi Gunung Benum. Ok dah..boleh layan sekarang!

Khas Untuk Peminat VW

Untuk entry kali ni aku rasa berminat untuk mention pasal jentera keluaran negara German ni. Kalau mengikut info yang aku jumpa ni, syarikat ni boleh dikira tahap otai dah. Yelah start buat kereta dari tahun 1937 beb! Bukan jangka masa waktu yang pendek. Kalau nak dibandingkan dengan Proton, memang jauh panggang dari api lah.

Kali ni aku cuba untuk bersikap adil, selalu sangat kita dengar complaint pasal Proton ni. Tin milo lah,serbuk besi lah dan macam -macam lagi lah.Bulls**t, camplaint tak hengat dunia.

Jadi,tak perlulah aku mengomel lagi, jom kita layan dulu info-info yang berguna untuk tatapan peminat VW.


Info Terkini

Perghh, dah berhabuk blog aku ni rupanya, lama tak update. Since aku buat projek jutaan ringgit ni, suka hati je aku tinggalkan blog kesayangan aku ni. Hohoho..kesian. Tak apa,sekarang ni aku dh banyak masa, projek aku pun dah jalan, so aku akan update selagi aku mampu.

Baiklah, nak dijadikan cerita, memandangkan aku ni terlalu banyak masa, siang tadi saja je pergi cuci mata tengok-tengok kereta kat jalan Cheras. Aku ingat nak sambar Vellfire sebijik. Teringin nak pakai MPV pulak ( rasa macam aku ni dah tua ). Pusing punya pusing terjumpa la satu. Kira ok lah dalam erti kata lain AKU BERKENAN! Harga kira ok la untuk tahun 2011 RM255k. Itu belum diskaun lagi. Mileage baru 28000km. Aku ada jugak terfikir may be diorang ada adjust bagi rendah mileage tu. Ahh lantak lah,aku peduli apa.


Lebih kurang macam ni la rupanya Vellfire tu

Seingat aku last aku pergi showroom mase aku nak sambar Spider sebijik. Harga taknak la aku mention kat sini. Pandai- pandai la carik.heheh. Best ooooo kereta ni. Ishhh makin merapu pulak pagi-pagi buta ni.

Oklah..aku rasa cukuplah aku merapu merapan ( boleh pakai ke perkataan ni?). Aku rasa nak cerita sedikit la pasal salesman yang jual kereta ni. Bukan aku nak hantam, cuma aku nak tujukan kepada segelintir yang newbie ni, kalau boleh study lah cikit pasal kereta yang korang nak jual tu. Mungkin nasib aku dah kot. Asyik terjumpa je dengan org macam ni.

Aku ni suka tanya pasal performance kereta. Tak kira la kereta apa yang aku tengok. Ini tak, belum apa-apa dah cerita pasal loan. Pund*k betol. Hahaha kan dah kena carut. Ambik kau sebijik! Ala aku tanya pun yang basic-basic jer. Kereta tu pernah ada customer complain ker? Tangki minyak berapa liter boleh isi? Dari segi  spare part macamana? mahal ke tidak? Safety part macamana? Fuel consumption ok ke tidak?

Last sekali dia tanya aku balik, BANG,MACAMANA?JADI AMBIL KE TAK? P*ndek, aku terus blah. Hahaha,jahat giler aku. Ok dah. Aku nak tido!