5/05/2014

Tips Mengenai Tayar Yang Anda Tahu Tetapi Sering Terlupa

Harini aku nak share dengan korang tips yang sangat penting bagi sesiapa yang mempunyai kereta sendiri ataupun kereta awek, ataupun kereta boyfriend korang. Aku yakin sebenarnya ramai yang dah tahu apa yang nak aku sampaikan ni, tetapi suka aku mengatakan yang ramai tak ambil tahu sebenarnya.

Kenapa aku cakap macam tu? Hasil dari pemerhatian aku, kebanyakkan owner kereta terutamanya yang baru memiliki kereta sendiri, mereka lebih suka kepada aksesori. Biasanya tahun pertama pakai kereta macam-macam yang ditambah baik bahagian dalaman ataupun luaran. Biasalah kereta baru, kurang la problemnya Memang cun habis la bila dah make up.

5/03/2014

Fakta Tentang Kereta Yang Anda Tidak Tahu

Pernahkah anda memandu kerata rakan ataupun kereta anda sendiri tetapi anda lupa kekudukan tempat untuk mengisi minyak sama ada kiri atau pun kanan? Aku yakin perkara ini pernah berlaku tak kiralah anda seorang lelaki ataupun wanita.

Jadi, di sini aku nak share kat korang bagaimana nak tahu kedudukan tempat mengisi minyak tanpa melihat cermin sisi dan sebagainya. Korang sebenarnya hanya perlu tengok arrow kat fuel gauge sahaja sama ada menunjukkan ke kiri ataupun ke kanan. Dah habis cerita. Kalau korang nk beli kereta baru, cer try tanya salesman tu apa maksud arrow tu. hehehe, kita tengok apa yang mereka jawab.



p/s Dapatkan ebook panduan asas kenderaan dengan harga yang paling rendah di sini

12/05/2012

Masalah Fuel Pump / Pam Bahan Api Proton Waja Dan Gen2

Bagi pemilik baru kereta Waja dan Gen2 may be agak terkejut sikit tentang masalah yang akan aku ceritakan ni iaitu fuel pump. Sesiapa yang pernah terkena, takziah aku ucapkan termasuk diri aku sendiri.hahaha padan muka aku. ( Gen2 aku telah selamat dijadikan barang perhiasan buat masa ni, InsyaAllah dalam waktu terdekat ni akan ku ubah menjadi Gen3 ).

FYI bagi pemilik baru ni, korang jangan bimbang la, fuel pump ni bukannya selalu rosak pun, cuma akan berlaku kerosakkan bila sampai ajalnya nanti. Kita imbas kembali sejarah kereta ni, pada peringkat awal pengeluarannya, harga bagi fuel pump baru memang macam haremm. Mahal nak mampos. Aku dah tak berapa ingat la bila kali pertama aku beli fuel pump. Yang aku ingat fuel pump waja milik bos aku, masa aku kerja makan gaji dulu. Sekarang ni dah murah dah. Kali terakhir aku beli fuel pump ni untuk kereta perhiasan aku tu la, Harganya lebih kurang RM100++.

Cara nak menukarkan sebenarnya senang sangat bagi aku, tapi bagi yang belum pernah lakukannya, mungkin agak sukar. Kalau nak senang aku ada caranya. Hantar sahaja kepada yang pakar, Korang beli sendiri, then upah mana-mana mekanik. Ala korang bayar la upah makanik tu dalam RM 20 - RM30, tapi jangan lebih RM50. Ha macamana pulak tu?hehehe..

Ok, lokasi fuel pump ni sebenarnya diletakkan di dalam fuel tank atau tangki bahan api. kalau nak tukar kena buka tangki ker? Jawapannya tidak. Korang selak je seat belakang, mesti jumpa punya. Bahagian yang paling kuat bau petrol tu, itulah lokasinya. Korang tengok sendiri la gambar yang aku bagi tu.


12/02/2012

Santai

video ni aku rasa paling sesuai kalau sape-sape yg rasa macam down jer dan nak kembalikan tahap motivasi diri pada peringkat tertinggi setinggi Gunung Benum. Ok dah..boleh layan sekarang!

Khas Untuk Peminat VW

Untuk entry kali ni aku rasa berminat untuk mention pasal jentera keluaran negara German ni. Kalau mengikut info yang aku jumpa ni, syarikat ni boleh dikira tahap otai dah. Yelah start buat kereta dari tahun 1937 beb! Bukan jangka masa waktu yang pendek. Kalau nak dibandingkan dengan Proton, memang jauh panggang dari api lah.

Kali ni aku cuba untuk bersikap adil, selalu sangat kita dengar complaint pasal Proton ni. Tin milo lah,serbuk besi lah dan macam -macam lagi lah.Bulls**t, camplaint tak hengat dunia.

Jadi,tak perlulah aku mengomel lagi, jom kita layan dulu info-info yang berguna untuk tatapan peminat VW.