12/02/2012

Info Terkini

Perghh, dah berhabuk blog aku ni rupanya, lama tak update. Since aku buat projek jutaan ringgit ni, suka hati je aku tinggalkan blog kesayangan aku ni. Hohoho..kesian. Tak apa,sekarang ni aku dh banyak masa, projek aku pun dah jalan, so aku akan update selagi aku mampu.

Baiklah, nak dijadikan cerita, memandangkan aku ni terlalu banyak masa, siang tadi saja je pergi cuci mata tengok-tengok kereta kat jalan Cheras. Aku ingat nak sambar Vellfire sebijik. Teringin nak pakai MPV pulak ( rasa macam aku ni dah tua ). Pusing punya pusing terjumpa la satu. Kira ok lah dalam erti kata lain AKU BERKENAN! Harga kira ok la untuk tahun 2011 RM255k. Itu belum diskaun lagi. Mileage baru 28000km. Aku ada jugak terfikir may be diorang ada adjust bagi rendah mileage tu. Ahh lantak lah,aku peduli apa.


Lebih kurang macam ni la rupanya Vellfire tu

Seingat aku last aku pergi showroom mase aku nak sambar Spider sebijik. Harga taknak la aku mention kat sini. Pandai- pandai la carik.heheh. Best ooooo kereta ni. Ishhh makin merapu pulak pagi-pagi buta ni.

Oklah..aku rasa cukuplah aku merapu merapan ( boleh pakai ke perkataan ni?). Aku rasa nak cerita sedikit la pasal salesman yang jual kereta ni. Bukan aku nak hantam, cuma aku nak tujukan kepada segelintir yang newbie ni, kalau boleh study lah cikit pasal kereta yang korang nak jual tu. Mungkin nasib aku dah kot. Asyik terjumpa je dengan org macam ni.

Aku ni suka tanya pasal performance kereta. Tak kira la kereta apa yang aku tengok. Ini tak, belum apa-apa dah cerita pasal loan. Pund*k betol. Hahaha kan dah kena carut. Ambik kau sebijik! Ala aku tanya pun yang basic-basic jer. Kereta tu pernah ada customer complain ker? Tangki minyak berapa liter boleh isi? Dari segi  spare part macamana? mahal ke tidak? Safety part macamana? Fuel consumption ok ke tidak?

Last sekali dia tanya aku balik, BANG,MACAMANA?JADI AMBIL KE TAK? P*ndek, aku terus blah. Hahaha,jahat giler aku. Ok dah. Aku nak tido!

9/04/2012

Harga Alat Ganti Kereta

Ramai pengguna kereta sentiasa tercari-cari harga sebenar setiap alat ganti kenderaan mereka.
Ada yang mencari harga drive shaft untuk waja, wiper motor dan macam-macam lagi lah. kalau saya nak tulis memang penuh. Saya percaya ramai yang tak tahu nama komponen bukan? :) . Di sini saya akan bagi tips yang paling mudah dan tersangat mudah untuk mengetahuinya harga alat ganti. Ambil sedikit masa anda dengan mengunjungi beberapa kedai alat ganti. Di situ anda boleh tanya harga semua alat ganti yang anda nak. Mudah bukan?

Untuk mengetahui nama-nama komponen dan pelbagai jenis maklumat tentang kenderaan,
sila dapatkan ebook panduan asas kenderaan di sini * harga promosi khas pembaca blog ini RM33 Harga Runtuh Sekarang RM19 Sempena Aidilfitri Akan Datang.

Masalah Utama Proton Gen2 ( samb..)


Saya percaya ramai pemilik Gen2 menghadapi masalah seperti yang saya jelaskan sebelum ini.
Untuk bhg ini saya akan terangkan serba sedikit berkenaan dengan masalah tersebut.

  • Power window motor dan regulator.
- masalah berkenaan dengan motor, saya hanya pernah tukar sekali sahaja.Ini disebabkan
oleh suis yang sentiasa dalam keadaan mode menaik dan menyebabkan kerosakkan
pada motor.Selain daripada itu, untuk masalah regulator pula, tingkap hadapan, gigi gear boleh menjadi 'bulat' dan menyebabkan tingkap tidak boleh dinaikkan atau diturunkan. manakala untuk tingkap belakang pula, pengikat kabel biasanya akan patah.

  • Radiator fan motor.
- bagi masalah ini, saya perasan ketika mula menghidupkan enjin. Selepas 'on'kan
air-cond saya dapati udara yang panas keluar dan tempreture gauge naik secara
mendadak. Ini bermakna terdapat masalah motor. Biasanya kipas akan berpusing
perlahan-lahan dan akan terus berhenti berpusing. Tetapi sekiranya kipas terus
tidak berpusing, sila periksa relay radiator fan di kotak fius bersebelahan dengan
bateri. Gantikan dengan relay lain yang terdapat di kotak fius untuk sementara
bagi memastikan relay tersebut rosak atau tidak.
Sebagai langkah keselamatan, jangan sesekali memegang kipas sewaktu enjin dihidupkan walaupun kipas tersebut tidak berpusing. Kegagalan anda berbuat demikian boleh menyebabkan kecederaan.

  • Fuel pump
- masalah ini berlaku ketika tahun ke-5 saya menggunakan Gen2. Untuk mengetahui
masalah ini, anda hanya perlu 'on'kan suis dan dengar sama ada motor pada fuel pump
berbunyi ataupun tidak. sekiranya tidak, ini bermakna fuel pump telah sampai usianya.
lokasi fuel pump berada di dalam tangki. anda hanya perlu buka tempat duduk belakang
untuk mengeluarkan fuel pump.

*gambarajah di atas menunjukkan lokasi fuel pump.

9/03/2012

Masalah Utama Proton Gen2




Suatu masa dulu kereta ini boleh dikatakan agak diminati ramai. Tetapi memandangkan ramai pesaing yang telah mengeluarkan jentera yang lebih moden dan canggih, populariti Gen2 menurun agak mendadak.

Saya sendiri telah menggunakan Gen2 sejak tahun 2005 lagi dan kini usianya telah mencecah 8tahun ( kereta ini dikeluarkan tahun 2004 ). Selama dibawah jagaan saya, kereta ini ada mengalami bebarapa masalah.

Kalau tak salah saya, selepas seminggu saya menggunakannya, masalah pertama yang saya hadapi ialah power window. Saya tahu ianya berpunca daripada suis dan menyebabkan motor power window sentiasa berfungsi. Memandangkan kereta ini masih lagi dalam warranty, jadi saya terus menukarkan power window motor yang baru.

Selain daripada masalah di atas, berikut adalah masalah lain yang pernah berlaku pada kereta saya:

  • Power window motor dan regulator ( semua pintu ).
  • Radiator fan motor.
  • Kebocoran Ekzos ( setiap tahun ).
  • Hand brake jammed.
  • Oil sump pecah.
  • Door handle patah.
  • Clock spring.
  • Stabilizer bar patah.
  • Fuel pump.
  • Brake belakang sebelah kiri tidak berfungsi. ( salah sendiri sebab tak tukar dust cover pada brake piston :) )
Buat masa ni itulah masalah yang pernah terjadi. Untuk akan datang tak tahu lah. Jadi kereta ni dah jarang digunakan. Sekali sekala je bawak jalan dekat-dekat.

Bagi penerangan terperinci berkenaan masalah di atas, saya akan terangkan kemudian.

7/02/2012

Komponen – Komponen Asas ( kancil )



1. Air Filter ( dalam Cover ).

2. Wiper Motor.

3. Bateri.

4. Radiator.

5. Radiator Cap.

6. Distributor.

7. Spark Plug Cable.

8. Oil Cap.

9. Spark Plug ( bhg dalam )

10. Timming Belt ( dalam cover ).

11. Brake Fluid Reservoir.

12. Receiver Dryer. ( komponen air –cond )

13. Dip Stick ( engine oil ).

14. Radiator Hose.