8/13/2007
Perodua Kancil
Kalau anda lihat pada gambar sebelah,keadaan enjin sangat teruk kerana penjagaan yang sangat minimum.Cuba lihat pada anak panah yang berwarna merah.Ini boleh dikatakan kritikal kerana berlaku kebocoran yang teruk.Antara punca-punca berlakunya masalah ini adalah penggunaan yang lasak,memandu terlalu lama.Gantikan gasket yang baru untuk mengelakkan daripada keadaan menjadi lebih teruk.Sebenarnya daripada pemerhatian saya,kereta kancil sebenarnya lebih sesuai digunakan di sekitar kawasan yang dekat-dekat sahaja.Ok seterusnya lihat pada anak panah yang kedua,Joint pada hose tu perlu diganti bila sampai masanya ( sila rujuk manual book ).Ini kerana joint yang asal dibuat daripada plastik yang mana akhirnya akan reput dan patah dengan sendirinya.Sekiranya berlaku,kepanasan lampau ( overheating ) akan berlaku,dan ini akan menambahkan lagi kos untuk membaik pulih.Apa yang perlu anda buat sewaktu enjin overheating?Jangan la nak pandai-pandai buka radiator cap dan tuang air ke dalamnya.Ini akan memburukkan lagi keadaan kerana Cylinder Heat akan bengkok dan jalan terakhir top overhaul la jawabnya:) Kos untuk menggantikan joint tersebut sekitar RM15 ke bawah,manakala kos untuk top overhaul bagi kancil adalah sekitar RM400 ke atas.Yang mana anda pilih.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
bro,
info yang sangat sangat penting.
baru je kena - engine stall - gasket terbakar dan benda plastik is (anak panah kuning) rapuh. Sekarang terpaksa buat top overhaul - aduh - RM 400/-.
salam bro,
bes lar info2 kat sini nih...kipidap yer...
nak tanya lar..
kalu keta perdana v6 nak top overhaul agak2 berapa lar kosnyer yer...
dan apa barang yg nak ditukarkan nya...
kancil 850m saya ada problem leaking minyak htm mcm dlm gmbr....
tapi asap x putih lagi..
kereta pun masih sedap, ringan je bwk....
tiap2 pagi ada beberapa titik minyak hitam kat lnatai, bwh injin...
agak2 dah kritikal ke ketea saya ni??
Keto kancil esey rosak, antar pomen kono 700, puih mahal tu.....komen cikit bro
Salam bro, keta kancil auto 850 aku ada problem enjin sempu2.. macam nk mati tp masih still hidup.. dia jadi time klu berhenti kat trafik light.. past time pagi2 mula2 nak jalan.. injin seolah2 mcm nk mati.. tersemput2.. slalu klu jadi camtu, aku off econ time benti kat trafik light.. time jalan biasa ok jer. Ade cadangan ape2? Samada carburator kotor ke or wiring? Aku bru tukar water tank dgn hose dier,pastu tukar gasket dgn top heat serta filter sebab licking. Yg terbaru adjust timing jd 1000 dgn tukar oil filter.. Tapi masalah enjin semput2 masih ade lagi..
Spark plug kot? Tak pun wayar dia rosak..kot la. Sbb kancil saya slalu jadi camtu. Selalunya mmg kat spark plug punya wayar yg problem
Anonymous said...
Salam bro, keta kancil auto 850 aku ada problem enjin sempu2.. macam nk mati tp masih still hidup.. dia jadi time klu berhenti kat trafik light..
berkenaan perkara kt atas, ak pernah kena benda gini... sebenarnya benda kecik jer y rosak.. ko kena tukar or check CONTACT POINT kt bengkel... baru RM30 ringgit...
hi boss... bole sen pic hose vacuum 660 tak... engine menjerit da nie... hose xmarking td...
Post a Comment