9/04/2012

Masalah Utama Proton Gen2 ( samb..)


Saya percaya ramai pemilik Gen2 menghadapi masalah seperti yang saya jelaskan sebelum ini.
Untuk bhg ini saya akan terangkan serba sedikit berkenaan dengan masalah tersebut.

  • Power window motor dan regulator.
- masalah berkenaan dengan motor, saya hanya pernah tukar sekali sahaja.Ini disebabkan
oleh suis yang sentiasa dalam keadaan mode menaik dan menyebabkan kerosakkan
pada motor.Selain daripada itu, untuk masalah regulator pula, tingkap hadapan, gigi gear boleh menjadi 'bulat' dan menyebabkan tingkap tidak boleh dinaikkan atau diturunkan. manakala untuk tingkap belakang pula, pengikat kabel biasanya akan patah.

  • Radiator fan motor.
- bagi masalah ini, saya perasan ketika mula menghidupkan enjin. Selepas 'on'kan
air-cond saya dapati udara yang panas keluar dan tempreture gauge naik secara
mendadak. Ini bermakna terdapat masalah motor. Biasanya kipas akan berpusing
perlahan-lahan dan akan terus berhenti berpusing. Tetapi sekiranya kipas terus
tidak berpusing, sila periksa relay radiator fan di kotak fius bersebelahan dengan
bateri. Gantikan dengan relay lain yang terdapat di kotak fius untuk sementara
bagi memastikan relay tersebut rosak atau tidak.
Sebagai langkah keselamatan, jangan sesekali memegang kipas sewaktu enjin dihidupkan walaupun kipas tersebut tidak berpusing. Kegagalan anda berbuat demikian boleh menyebabkan kecederaan.

  • Fuel pump
- masalah ini berlaku ketika tahun ke-5 saya menggunakan Gen2. Untuk mengetahui
masalah ini, anda hanya perlu 'on'kan suis dan dengar sama ada motor pada fuel pump
berbunyi ataupun tidak. sekiranya tidak, ini bermakna fuel pump telah sampai usianya.
lokasi fuel pump berada di dalam tangki. anda hanya perlu buka tempat duduk belakang
untuk mengeluarkan fuel pump.

*gambarajah di atas menunjukkan lokasi fuel pump.

6 comments:

Sepi said...

saye ade mslh mngenai feul pump...sye bru bli..tpi mslhnye bile on key.tiada bnyi..adkh ini ade kaitan dgn ecu yg mngawalnye..

Unknown said...

Saya ada masalah apabila pasang bettry semua welfer padai on sendiri dan tidak mahu start..

Unknown said...

Berapa harga kotak fiud gen2 yg baharu.dan kenapa bila tukar relay fan,jalan jauh relay fan terbakar semula.tq

Unknown said...

Tumpang tanya, saya pakai gen 2 tahun 2005. Masalah skrng kipas radiator kerap lebur . Moto dah 3 kali tukar. Kipas dah 7 biji masuk bulan ni . Dlm tempoh 6 bulan. Saya perasan bila on aircond kipas radiator langsung tak berenti sampai lah tutup aircond baru lah berenti. Apa masalah sebarnya ya

Unknown said...

Sya bru ja bli krta gen2 ni...mslah sya adalah bwa 3jam pastu naik bukit jdk jln slow plk...siapa thu apa mslah...pastu skrg ni tekan gear R bunyi plk...Gear labels suis ke mslh nya

Unknown said...

Tumpang tanya apa punca masalah Klu motor kipas redietor panas,menyantap kan kipas kipas redietor terlapas sebapa panas