12/05/2012

Masalah Fuel Pump / Pam Bahan Api Proton Waja Dan Gen2

Bagi pemilik baru kereta Waja dan Gen2 may be agak terkejut sikit tentang masalah yang akan aku ceritakan ni iaitu fuel pump. Sesiapa yang pernah terkena, takziah aku ucapkan termasuk diri aku sendiri.hahaha padan muka aku. ( Gen2 aku telah selamat dijadikan barang perhiasan buat masa ni, InsyaAllah dalam waktu terdekat ni akan ku ubah menjadi Gen3 ).

FYI bagi pemilik baru ni, korang jangan bimbang la, fuel pump ni bukannya selalu rosak pun, cuma akan berlaku kerosakkan bila sampai ajalnya nanti. Kita imbas kembali sejarah kereta ni, pada peringkat awal pengeluarannya, harga bagi fuel pump baru memang macam haremm. Mahal nak mampos. Aku dah tak berapa ingat la bila kali pertama aku beli fuel pump. Yang aku ingat fuel pump waja milik bos aku, masa aku kerja makan gaji dulu. Sekarang ni dah murah dah. Kali terakhir aku beli fuel pump ni untuk kereta perhiasan aku tu la, Harganya lebih kurang RM100++.

Cara nak menukarkan sebenarnya senang sangat bagi aku, tapi bagi yang belum pernah lakukannya, mungkin agak sukar. Kalau nak senang aku ada caranya. Hantar sahaja kepada yang pakar, Korang beli sendiri, then upah mana-mana mekanik. Ala korang bayar la upah makanik tu dalam RM 20 - RM30, tapi jangan lebih RM50. Ha macamana pulak tu?hehehe..

Ok, lokasi fuel pump ni sebenarnya diletakkan di dalam fuel tank atau tangki bahan api. kalau nak tukar kena buka tangki ker? Jawapannya tidak. Korang selak je seat belakang, mesti jumpa punya. Bahagian yang paling kuat bau petrol tu, itulah lokasinya. Korang tengok sendiri la gambar yang aku bagi tu.






Berkenaan dengan punca kerosakkan fuel pump ni, ramai yang mengatakan berpunca daripada bahan api yang selalu kurang di dalam tangki. Kalau nak tahan lama, bahan api sentiasa penuh. Adoiii aku tak pasti la nak bersetuju atau tidak dengan info di atas tu. Jom kita perah otak yang dah berkarat tu demi mencari jawapan yang pasti. Baiklah, aku mulakan dulu, AMARAN YANG SANGAT KERAS, ini adalah pendapat peribadi aku.

Bagi aku ianya berpunca dari material tu sendiri. Pengeluar berusaha menghasilkan fuel pump yang cuma ada kualiti tetapi bukan menghasilkan yang berkualiti sepenuhnya. Mereka berbisnes, dan mereka perlu memastikan produk sentiasa dijual dan terjual bagi mengaut profit seperti yang dirancang. Jadi, untuk tempoh yang tertentu, fuel pump akan rosak dengan sendirinya. Maka penjualan fuel pump ini akan berterusan.

Pendapat korang macamana??








82 comments:

Anonymous said...

It is perfect time to make some plans for the future and it's time to be happy. I've read this
post and if I could I want to suggest you some interesting things or
tips. Maybe you can write next articles referring to this article.
I want to read more things about it!

My page :: more info

Anonymous said...

Superb post however I was wondering if you could write a litte
more on this subject? I'd be very thankful if you could elaborate a little bit more. Appreciate it!

Feel free to visit my web blog: website

Anonymous said...

yg menyebabkan fuel pump rosak adalah pengunaan minyak...jgn sampai minyak indicator keluar(menyala) baru nak isi minyak..salah tu..kita kena isi jgn sampai dia menyala..sebab bila menyala.....taik2 yg ada dalam fuel pump itu akan di sedut masuk..itu sebab dia selalu rosak dan tersumbat....

Anonymous said...

senang ja nak atasi masalah ni...sebenarnya ia tak rosak...jam pasal minyak kotor...ada air tersedut dalam fuel pump....caranya...keluarkan fuel pump tu...sambungkan dengan bateri motosikal 12v...kalau masih baik ia akan berpusing...keluarkan semua minyak petrol...kc kering dulu...sambunkan bateri ikut terminal + dan -Ve dalam 2 saat saja...jgn lama nanti motor terbakar...kemudian blow dengan air compressor dekat saluran minyak tu...ikut penunjuk minyak masuk dan keluar(x boleh bertentangan ada valve koyak)...kemudian pasangkan pada tangki...skrukan....jangan pasang seat...test dulu...pasti sekali ja pusing kunci...vrooooomm....

saya tulis berdasarkan pengalaman saya memiliki saga flx 1.3 exc....dibeli pada mei 2012...


persediaan sparelah se set fuel pum kat bonet keta...rosak tengah jalan tukar ja...terus selamat sampai ke destinasi...hehe

jat said...

Masalah nk bukak fuel pam waja .. bila lama atau x pernah bukak .. mmg ketat mcm kamben ..ambek skru driver (-) dan hammer .. kena hantam sikit ikut arah lawan jam .. mmg kalau guna tgn ..smpai tua .. mungkin ada special tool kot

nazz said...

Jika mahu memanjangkan jangka hayat fuel pump..perlu tukar fuel filter 50000 km sekali..kerana fuel filter akn tersumbat dan mnyebabkan tekanan lebihan di fuel pump.

Anonymous said...

berapa harga fuel pump denso

Tommytyt said...

Did fuel pump have relay ?
How do we know is relay breakdown not fuel pump !!! now we know the location of fuel pump. Did u know where is the relay located ?

Unknown said...

fuel pump dah tukar and masih x berfungsi.member ckp relay dia rosak..jadi nak tanye dimanakah kedudukan relay tersebyt?-proton gen 2 2004!

Anonymous said...

Kereta waja selalu problem fuel pump ni. Problemnya dekat connector yg terletak di bahagian penumpang belakang driver. Buang je socket tu. Buat direct connection samada pakai wire connector atau ikat je wire tu. Aku sambung guna soldering. Pastu balut solartape. Kalau nak tahan lama atau meter minyak tanak problem, baik beli yg branded. Skang waja 1.6 mitsu dah ada brand Denso. Bahaya tau DIY tukar fuel pump ni. Yela minyak kan mudah terbakar.

Anonymous said...

Brand Denso memang cam haram. Jalan jauh terus kong fuel pump tu. Mayb panas kot. Baik beli yg taiwan nye

Unknown said...

Askum..wja sya bla bergerak tiba2 semput.lampu di mter menyala kuning.adkah fuel pump rosak.stak blik ok plok.lama mati plak

Unknown said...

Askum..waja sya slalu naik lampu kuning di meter kereta jdi semput.adakah mslh fuel pump rosak....

z_lee said...

Dimanakah kedudukan fuel pump relay Persona??? Saya mengalami masalah fuel pump tak berfungsi, bila tap kat bateri, fuel pump berfungsi dengan normal, tapi bila sambung dekat connector fuel pump, fuel pum kembali tidak berfungsi, saya mengesyaki relay untuk fuel pump rosak... betul ke?

z_lee said...

Dimanakah kedudukan fuel pump relay Persona??? Saya mengalami masalah fuel pump tak berfungsi, bila tap kat bateri, fuel pump berfungsi dengan normal, tapi bila sambung dekat connector fuel pump, fuel pum kembali tidak berfungsi, saya mengesyaki relay untuk fuel pump rosak... betul ke?

Anonymous said...

Waja saya tahun 2006 first edition campro ada masalah fuel pump... Mujur tak kena ketuk dgn Mekanik pasal kenal... baiki dgn harga RM1.00 sahaja... enjin tak boleh start... semua orang kata fuel pump rosak... tapi mekanik tu baik hati dia hanya tukar conector warna biru kat kotak hitam bahagian enjin pasal letrik tak sampai ke fuel pump.. nasib baik

Johan said...

Sangat merbahaya jika tetiba gagal berfungsi terutama di tengah lebuhraya....

hafiz said...

connector biru tu fuse namanya bro..

hafiz said...

connector biru tu fuse namanya bro..

arm said...

Nak tanya, fuel pump relay gen2 terletak kat mana? Kalau di bawah dashboard, yg mana satu?

arm said...

Nak tanya, fuel pump relay gen2 terletak kat mana? Kalau di bawah dashboard, yg mana satu?

Unknown said...

Kat mane letaknye relay fuel pump gen 2

Unknown said...

Fairoz fuel pump relay terletak kat bawah stereng ..ada cover

Unknown said...

Nak Tanya Macam mna nak tukar fuel pump proton saga flx?

Unknown said...

Macam mana nak tukar fuel pump proton saga flx?

Tukang Rumah said...

Pertama, buka seat belakang. Then,buka connector. Lepas tu,buka besi hitam. Kena ada spanar size 7mm. Buka semua skru. Tarik keluar pump. Harga fuel pump saga flx ori Salam rm500 lebih.

didie said...

agak2 bp hg fuel filter tu

Anonymous said...

crank sensor problem tu..

moses said...

Pengguna Waja boleh try connector sebelah belakang driver.Kene buka seat n selak karpet tu. Ada satu 4way connector.1 pair untu power n 1 pair lagi untuk meter minyak. Cuba buka dan pasang balik. Lepas tu cuba start enjin. Kalau boleh start enjin, connector tu yang dah na kondem. ( Dari pengalaman saya. Waja 2006 sampai sekarang fuel pump ori ta pernah rosak).

Anonymous said...

Waduhhhh.....ntah mcmn berlaku pd sy pl awl pagi td on way g sklh.sblm ni x perlu tggu sakit br nak tukar.ntah da tua2 ni x pikir dah hal kecik ni.akhrnya injin keta mati semasa keta betkelajuan boleh tahan.nasib la x mati mndadak.kelajuan menurun sedikit demi sedikit.jd ada peluang la nak park tepi jalan tu.akhr kata.patah balik cuti hr ni

zam said...

Teori yng kata jgn smpi ada warning lamp nyala tu tak betul.
Cmna dgn perodua aku lanyak smpi warning lamp tu.ok aje
Ni keadaan tembaga moto dia kurang kualiti.mcm moto kipas meja rumah..setahun aje dah burn motonya..
Klau beli jenama kipas terbaik mmg smpi 4 tahun lebih.

zam said...

Teori yng kata jgn smpi ada warning lamp nyala tu tak betul.
Cmna dgn perodua aku lanyak smpi warning lamp tu.ok aje
Ni keadaan tembaga moto dia kurang kualiti.mcm moto kipas meja rumah..setahun aje dah burn motonya..
Klau beli jenama kipas terbaik mmg smpi 4 tahun lebih.

Anonymous said...

Karat kene sedut betol tu...

Anonymous said...

50 rggt

Anonymous said...

Betol... pastu denso dalam kotak kuning coklat tu x ori...tu yg jahanam.... denso ori ntah mana nak beli kotak ori dia warna biru.....

Anonymous said...

Bagusla blok ko.... aku setuju gile dgn idea material tak bagus... lancer bapak aku tu sampai meter pusing balik elok je fuel pumpnye... ni baru pakai 150 ribu km dah rosak.... mana nak carik denso ori ni....

Anonymous said...

Tukar pown rosak... material x bagus

Anonymous said...

Sangat setuju....

budin said...

Pasal fuel pump ni..... nak lencong soalan skit bleh?....sapa2 yg bijak tlg bg pandangan..... ok sy punya wira vdo dah tukar fuel pump....dkt bwh pump ada 1 mesh filter... yg lama cop vdo mesh agak jarang mcm penapis teh plastik kat rumah ja....pastu tukar yg denso plak mesh lain skit, dah mcm kain cotton plak....jd disini nak tanya skit lah....ok kalo dah dkt pump sendiri dah ada filter/mesh....fuel filter bulat yg dkt engine bay bhgn firewall tu buang boleh ke?....buat direct ke fuel rail.....

Yanbentayan said...

Salam sejahtera.
Masalah feul pump ni prnh sy alami dlu. Mmemag begkel kata kna tkar baru. Namun bgitu,kdg2 bkn krn barag tu tlh rosak. Ape yg sy lkukan adlah kluarkn fuel pump tu dan try pasagkn kat bateri. Klu ada bnyi mcm bnda bpusig,mksudnya fuel pump tu msh ok. Ape yg sy buat lpas tu psag kn smula fuel pump dan potog wayar negatif kat bnda tu dan trus skrukn kat body. Alhamdulillah,dh btahun dia ok.
Gen 2 memag ada mslh sikit pd wirig dia. Klu kita pegag wayar kat ctu pn akan rsa pns.

Yanbentayan said...

Salam sejahtera.
Masalah feul pump ni prnh sy alami dlu. Mmemag begkel kata kna tkar baru. Namun bgitu,kdg2 bkn krn barag tu tlh rosak. Ape yg sy lkukan adlah kluarkn fuel pump tu dan try pasagkn kat bateri. Klu ada bnyi mcm bnda bpusig,mksudnya fuel pump tu msh ok. Ape yg sy buat lpas tu psag kn smula fuel pump dan potog wayar negatif kat bnda tu dan trus skrukn kat body. Alhamdulillah,dh btahun dia ok.
Gen 2 memag ada mslh sikit pd wirig dia. Klu kita pegag wayar kat ctu pn akan rsa pns.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

boleh bg tips sikit x. meter minyak kereta sy asyik naik turun aje.. boleh soolve x?? dah tukar fuel pump ngan fuel filter tp still x jadi.. bila bawa lebih 120 km/h meter check engine menyala.

Anonymous said...

Assalammualaikum
Kereta saya ada masalah relay fuel pump..kat mana lokasinya.puas cari x jumpa

Anonymous said...

Sori soalan tergantung..model proton persona

pisut85 said...

Ya, besar kemungkinan betul

pisut85 said...

Haha betultu.. memang singgit jer pun fius tu

pisut85 said...

Uish.. fuel filter jgnla nak buang, pentingtu... idak semua besi karat ke apa akan ditelan oleh f.pump, rosak.

pisut85 said...

Tanya wokshop. Saya punya kat dlm fius box kat enjin

Unknown said...

Rm190

Unknown said...

Rm190

Unknown said...

Rm190

Unknown said...

perkara tu terjadi sama kereta sya jga... apa jalan tu ya... ?? and dalam masa yg sama pump tda terconect dgn relay... so apa tips ya

sikunen said...

Baru ganti fuel pam tadi setelah beberapa insiden enjin mati semasa jem dan kereta idle atauslow moving. Mula2 apek niservice throtle. Jadi balik seminggu lps tu. Pastu tukar crank sensor. 2 benda ni dah abiskan duit dekat 500. Lepas tu masih jadi. Aku cakap fuel pam dia tak percaya. Tadi turun bukit pun mati enjin barulah dia nk tukar dan dapati wire yg terbakar. Rm530. Kenyang apek bedal

Unknown said...

Salam bang. Nak tanya. Sya punya petrol filter slalu bkarat. Kalau baru tukar filter pun still sama. Dorang suggest tukar fuel palm. Betul ke? Fuel palm dia 1 set tukar dgn tank ke? Terima kasih

Unknown said...

assalam... nak tanya pasal connector dekat fuel pump tu... sya guna GEN2... ada 4 wire guna connector tu... tp msa check td ada 1 wire putus, wire warna hitam... putus mcm kena tarik @ potong... persoalannya d sini... apa fungsi wire tu... n x apa2 ka klu sya connect sndri?? msalah kreta sya skg semput, mis fire n auto slow... meter minyk x fungsi, n mcm ada msalah dgn fuel pump... tolong bgi pencerahan A.S.A.P... :)

Anonymous said...

Assalam..kereta sya tgh bawak..tibe2 meter jadi stuck... radio mati..tekan pedal mcm ada rev..tp kereta tak pegi...masalah fuel pump ke tu ya...

Maza said...

Relay untuk Persona dan Gen2 mungkin sama lokasinya. Saya ada buat video penukaran relay Gen2. Sila search di YouTube guna keyword "Tukar fuel pump relay gen2"

Maza said...

Relay untuk Persona dan Gen2 mungkin sama lokasinya. Saya ada buat video penukaran relay Gen2. Sila search di YouTube guna keyword "Tukar fuel pump relay gen2"

Maza said...

Mcm mana nak tau wayar mana satu kena sambung kat bateri tu?

Maza said...

Relay untuk Persona dan Gen2 mungkin sama lokasinya. Saya ada buat video penukaran relay Gen2. Sila search di YouTube guna keyword "Tukar fuel pump relay gen2"

Maza said...

Wire terbakar? Pada soket yang sambung pada fuel pump ke?

Maza said...

Dah dapat setel ke masalah ni? Kete sy pun ada isu fuel pump ni

Maza said...

Relay untuk Persona dan Gen2 mungkin sama lokasinya. Saya ada buat video penukaran relay Gen2. Sila search di YouTube guna keyword "Tukar fuel pump relay gen2"

Daisy said...

50hengget kedai najib ke

Unknown said...

Aslkum slmt ptg tuan nk tanya kereta alza relay fuel pump kat mana dan yg mana satu masa saya on suis tidak ada fuel pump bunyi sellalunya ada jadi apakah fuel pump yg rosak

akufisio.blogspot.com said...

asalamualaikum , memang saya nak kata kualiti material fuelpump tu adalah kualiti murahan , saya mengalami masalah fuel pump ini pada tahun 2015 , dan tukar di proton servis center dengan harapan barang original maka akan bertahan lama , tetapi ku sangka panas sampai ke petang awal tahun 2018 ini waja aku buat hal lagi , hantar ke proton centre dia kata masalah sama fuel pump , aik tak kan pakai 3 tahun buat hal lagi , so proton shame on you ..

Unknown said...

Baru tukar td..rm30

Unknown said...

assalamualaikum encik2 semua...nk tnyalah...sy pakai proton gen2...masalah sy yelah bila isi minyak..xpi meter minyak x naik dan lampu minyak tu asik menyala je..meter,fuel pam n relay fuel pam semua sy dah ganti..but still lgi menyala...agak2 apa masalah tu lagi ye encik2...

Unknown said...

Salam,nk tnya,sy dh tukar fuel pump n relay pump tp masih x boleh on enjin,fuel pump klo on kunci pun x bunyi

Unknown said...

Salam nak tya sy ada kereta gen2 stat ada bunyi tp tak blh hdup fuel pump relay dh tukar tp tak nk hdup jga tp fuel pump takda bunyi adakah fuel pump dh rosak atau pun ada fuel lain yang bersngkup pauk dgn nye

moses said...

Cuba periksa dekat seat penumpang belakang sebelah kanan ada tak connector kabel ke fuel pump? kalau ada cuba buka periksa ada api tak. kalau ada cuba sambung conector tu balik dan cuba start. Waja kebanyakan connector tu yang problem. saya terus tukar connector tu.

moses said...

Tuan, saya x pasti gen2 kaalu on kunci fuel pump akan jalan terus. Kalau waja mmc, enjin hidup baru fuel pump jalan. cuba buat mcm komen saya yg sebelum komen ni.

Unknown said...

Klu fuel pump x da bunyi..check dlu fius mengunakan test current..on kunci dan check bahagian fius fuel pump..klu menyala time kunci on..tpi xbunyi fuel pump..bererti fuel pump kena ganti..klu semua dah ganti.fius pump,relay.fuel pump.tp still xpt xbunyi.xdpt start..check d bahagian kunci sambungan soket wayar..klu ada longgar atau putus punca current p fuel pump x smpai..kereta x dpt start jga.

Unknown said...

As Salam...mcmne nk keluarkan fuel pump gen2...mmg susah...mintak tolong tunjuk ajar..tq

Dell said...

Hari ni 07 Disember 2018 kereta viva saya tak leh start. Viva tahun 2008..1000cc..manual

Sebelum ni mmg dah byk kali keluar lambang enjin oren kat dashboard.. Pergi check perodua katanya oxygen sensor.. Perodua punya harga siap upah dlm rm450.. Jadi saya hold
dulu, plan nak buat kat kedai luar je.

Dah lama dalam sebulan biarkan je.. Sebab gambar enjin tu kdg nyala kadang tak.

Hari ni keta tak bole start. Bole crank tapi engine tak start. Biasanya sebelum kita start enjin.. Kita akan pusing kunci kereta kejap.. Nanti ada bunyi bzzzz.. Tapi kali ni bunyi bzzz xde.

Saya check tgk bateri ok.. Apa lagi call mekanik dtg rumah

Check.. Dia cakap fuel pump rosak

Apo lagi.. Tukar ler.. Adoi. Rabak
Kene jek kereta.. Turunkan tangki.. Tukar fuel pump

Dah tukar..tak bole start juga.. Masih xde bunyi bzzz.. Sebelum start engine.. Skrg.masalah wiring pulak

Habis semua bonet depan.. Kerusi belakang buka.. Check satu2..nak cari apa yg short.. Pastu mekanik balik amik komputer utk check

Dia dtg balik.. Pasang balik tangki..standby nak buat wiring.. Masa tengah check2 kotak fius.. Ternampak ada wayar terbakar. Rupanya oxygen sensor punya wayar tu dah terbakar.. Jadi short dlm fius..

Rabak hari ni.. Tak pasal tukar fuel pump.. Oxygen sensor.. Dgn ganti balik fius yang rosak

Unknown said...

Berapa kos pasang fuel pump wira

Anonymous said...

Dah jumpa ke punca nya

Anonymous said...

Salam. Kereta kia spectra saya ni dah tak start hampir 3 tahun.

beberapa hari ni saya nak hidupkan semula kereta tu. Saya try tukar bateri baru, kereta masih tak dapat hidup. Fuel pump tak ada bunyi.

Saya pergi bengkel tanya pomen berapa rm tukar fuel pump. Dia cakap tukar seketul fuel pump rm600 lebih. tapi kalau tukar barang je yang dekat fuel pump tu (saya lupa nama barang tu) harga dalam rm200 lebih je. Apa pun dia kena check dulu la.

Memang harga fuel pump kia spectra macam ni ke?

Dan memang masalah macam ni memang masalah fuel pump ke?

Azmi said...

Saya nk tnya kat mna terletaknya relay fuel pump perdana v6

Din said...

kalau keta wira (fuel pump tank) rm 125 shj kat seremban 2

Malaykingmy said...

Mahal kami semenanjung tanah melayu rm60 ja mungkin anda org minangkabau kot hihi raja negeri9 saja darah melayu Karna ayahnya melayu namun ibu nya org minang. Kalau jadi rakyatnya ada campur ada minang ada melayu tpi raja nya saja melayu mix minang raja raja semenanjung smua pure original keturunan. Melayu tiada campuran..jadi jika anda org minang pakai saja baju adat Minangkabau org melayu bukan MCM org Indonesia rasis org melayu lebih suka sebuah bangsa itu ngaku bangsa nya sendiri bukan pura pura jadi org Melayu sedangkan org melayu x pernah pura pura jadi bangsa lain adat melayu dan minangkabau itu jauh beza adat melayu tanjak baju melayu rumah bumbung lurus di hujung ada kayu tunjuk langit tauhid Allah macam Kedah Terengganu Kelantan Perak Melaka Johor Pahang sedangkan negeri 90adat baju dan istiadat saja melayu itu Karna raja nya darah melayu tapi adat istana rumah tidak sama dengan melayu dia adalah adat reka bentuk cina Karna org minang itu berasal dari Yunan China buktinya masakan rendang dan lemang itu berasal dari org minang kabau tapi asal usul nya dari tanah cina tapi ketupat asal dari org melayu Kedah dan bukti kedua rumah gadang minang 100% reka bentuk China maaf jangan. Marah saya hanya copy paste sejarah jdi mari lah kita jaga adat masing masing jangan guna adat org lain guna adat keturunan mu jika bangsa kamu Melayu jaga lah adat istiadat Melayu jika minang Bugis Jawa jaga lah adat kalian.nescaya org Melayu itu baik gak akan marah yg mereka marah pura pura jadi bangsa mereka