1/11/2012

Engine Overheat

Kita sering kali melihat kereta tersadai di tepi jalan akibat engine overheat. Lepas tu macam biasalah,tuan punya kereta akan cari air,tuang air berbotol2 ke dalam radiator,drive dalam 2km,berhenti,tambah lagi air. Drive lagi,jumpa bengkel,berhenti minta tolong mekanik checkkan kereta. Ok lepas tu repair,dah siap,bila dapat bil,kos pula sampai beribu ringgit..

Tahukan anda sekiranya kita lakukan pemeriksaan berkala@berjadual, perkara di atas dapat dielakkan? Bukan susah pun,buka je radiator cap tengok air tu cukup ke tidak. Tapi lepas buka tu jangan lupa tutup cap tu pulak, lepas tu periksa sikit-sikit kat semua radiator hose tu ada kebocoran ke tidak. Radiator fan pun jangan lupa check, cara nak check senang je, buka bonnet, lepas tu start enjin, on kan air cond,lepas tu tengok radiator fan tu berpusing ke tidak. Faktor keselamatan jangan lupa. Jangan tengok dekat2 pulak. Tak kira lah kita guna kereta baru atau pun tidak. Senang je kan?,tak sampai 10minit pun.

Biasanya perkara di atas berlaku akibat ada kebocoran pada radiator ataupun radiator hose. Selain daripada itu, kegagalan radiator fan berfungsi dengan baik juga boleh menyebabkan engine overheat.