5/23/2008

Rear Fog lamp

Tajuk di atas adalah tajuk yang jarang sekali di bincangkan oleh rakyat malaysia.Baiklah,saya terangkan serba sedikit tentang lampu kabus belakang ( Rear Fog Lamp ).Lampu ini biasanya dipasang pada kenderaan yang beriklim sejuk atau yang lebih mudah lagi,negara yang bersalji.Tujuannya ialah untuk memastikan jarak keselamatan antara kenderaan hadapan dan belakang.Biasanya pada waktu-waktu tertentu seperti musim salji,jarak penglihatan adalah amat terhad,jadi dengan adanya lampu ini sedikit sebanyak akan membantu pemandu menentukan jarak kenderaan mereka.Di negara kita pemasangan lampu seperti ini tidak dapat dipastikan samada dialami benarkan atau tidak,tetapi pada pendapat saya,sekiranya negara kita mengalami musim hujan,ada gunanya lampu seperti ini.Ini kerana kadar kemalangan di negara juga mencatat angka yang tinggi.Perlu diingat,sekiranya kenderaan anda dilengkapi dengan lampu ini ( kenderaan CBU ),jangan sekali kali anda gunakan pada waktu biasa;ini boleh menyebabkan pemandu lain terganggu dengan silauan lampu kenderaan anda.... : )

No comments: