Free advertising

Thursday, February 2, 2012

Tayar / Roda.




Adakah anda tahu jenis tayar yang digunakan pada kenderaan anda? Apakah saiz tayar kenderaan anda? Berapakah kelajuan maksimum yang selamat pada tayar kenderaan yang anda gunakan? Apakah maksud symbol – symbol tertentu seperti dan twi pada tayar? Bilakah tayar anda dibuat?
Baiklah dalam bab ini saya akan jelaskan kepada anda mengenai persoalan yang saya utarakan di atas. Sekiranya anda lihat pada tayar kenderaan anda, cuba anda lihat pada nombor yang bertulis seperti ini. 195/60 R15 91H. ( mungkin nombor ini berbeza daripada tayar kenderaan anda ).
195 - Lebar tayar.
60 - Tebal tayar.
R15 - Saiz rim.
91H - Simbol Maksimum Kelajuan.
Berikut adalah symbol – symbol kelajuan pada tayar.
Simbol
Speed ( km/h )
G
90
J
100
K
110
L
120
M
130
N
140
P
150
Q
160
R
170
S
180
T
190
U
200
V
240
W
270
Y
300
H
210
Oval: 4707 Bagi melihat bila tayar dibuat, sila lihat pada nombor berikut :
Maksudnya ialah tayar tersebut dibuat dan dikeluarkan pada minggu ke 47 tahun 2007 atau lebih senang lagi bulan November 2007 J.
Anda boleh lihat sendiri pada tayar kenderaan anda, sekiranya tidak jumpa, mungkin nombor ini diletakkan pada bahagian dalam. Apa yang perlu anda buat ialah pusingkan steering, kemudian cuba duduk dalam posisi menonggeng dan lihat pada bahagian dalam (Pastikan kenderaan diletakkan di tempat yang selamat ).
Seterusnya kita lihat pada simbol tiga segi dan twi ( mungkin ada banyak lagi simbol tetapi lokasi tetap sama ). Simbol ini diletakkan pada bahagian luar. Sebaris dengan simbol ini ( bhg dalam tayar ) anda akan lihat garisan dalam longkang ‘bunga’ pada tayar. Sekiranya garisan ini telah sampai sebaris dengan ‘bunga’ tayar , bermakna tayar itu tidak lagi selamat digunakan. Lihat gambarajah di bawah.
Seterusnya anda disarankan melakukan rotation pada tayar kenderaan anda bagi memastikan setiap ‘bunga’ pada tayar tersebut akan ‘botak’ sama pada keempat-empat tayar. Sekiranya kenderaan anda menggunakan roda pacuan hadapan, bermakna tayar hadapan akan ‘botak’ dahulu, begitu juga kenderaan pacuan roda belakang.
Anda juga digalakkan melakukan pemeriksaan tekanan angin pada tayar kenderaan anda. Ini kerana kadang-kadang kita tak tahu tayar kenderaan kita tercucuk paku dan mungkin angin akan keluar sedikit demi sedikit dan menyebabkan pemanduan kita tidak selesa. Bagi yang tidak tahu kemungkinan besar akan terus ke kedai tayar dan buat Alignment J. Untuk pengetahuan anda, sekiranya tekanan angin pada tayar tidak sama, pemanduan kita juga akan terjejas, anda akan rasa kenderaan anda seperti berat sebelah. Jadi saya harap anda faham dengan apa yang saya jelaskan mengenai tayar.

0 comments:

Facebook

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best WordPress Web Hosting