5/05/2014

Tips Mengenai Tayar Yang Anda Tahu Tetapi Sering Terlupa

Harini aku nak share dengan korang tips yang sangat penting bagi sesiapa yang mempunyai kereta sendiri ataupun kereta awek, ataupun kereta boyfriend korang. Aku yakin sebenarnya ramai yang dah tahu apa yang nak aku sampaikan ni, tetapi suka aku mengatakan yang ramai tak ambil tahu sebenarnya.

Kenapa aku cakap macam tu? Hasil dari pemerhatian aku, kebanyakkan owner kereta terutamanya yang baru memiliki kereta sendiri, mereka lebih suka kepada aksesori. Biasanya tahun pertama pakai kereta macam-macam yang ditambah baik bahagian dalaman ataupun luaran. Biasalah kereta baru, kurang la problemnya Memang cun habis la bila dah make up.



Apabila umur kereta bertambah, aksesori akan berkurang? Kenapa pulak aku cakap macamtu? Biasalah nak kena fokus kat maintenance la pulak, ha bab ni lah ramai yang gerun sebab potensi nak kena keluarkan duit lebih tu ada.

Ok, aku tak nak bebel panjang pasal senario ni, kita berbalik kepada tajuk di atas, aku nak bercerita berkenaan dengan tayar spare atau tayar gantian. Selalu jugak la aku tengok kereta-kereta yang tersadai kat tepi jalan bila tayar bocor, nak ganti  tayar spare, tayar spare pulak tak ada angin. Nak kata bocor, tak pernah guna. Pelikan? Tapi itulah hakikatnya apabila kita mengabaikan perkara yang penting seperti ini.


Baik, apa yang perlu kita buat selepas ini ialah, periksa tekanan tayar spare, tak perlu guna alatcanggih-canggih pun, tekan je dengan jari tu, agak-agak nampak macam lembik je, maknanya kurang la angin tu. Untuk mengisi angin, sila isikan dengan tekanan maksimum seperti yang tertulis kat tayar spare tu. Periksa semula tekanan angin setiap 3 bulan sekali. Dah siap. Senang je kan. Kaum wanita wajib tahu hal ni.


Lupa aku nak bagi tahu, kebanyakkan kereta sekarang dibekalkan tayar spare yang halus-halus je. Buruk pulak tu rupanya. Biasanya rimnya warna hitam atau kuning. Bagi tayar spare jenis ini diharamkan memandu melebihi kelajuan yang ditetapkan. Bahaya, kerana ianya bukan dicipta untuk kelajuan, tetapi dicipta untuk lepas korang drive ke kedai tayar je. Biasanya ada sticker yang ditampal kat rim tu 60kmh atau 80kmh. Tetapi kalau kereta korang yang keluar dari kilang memang dah pakai tayar jenis RFT ( run flat tyre ), janganlah gatai-gatai nak cari tayar spare, memang tak ada la. 2 tahun lepas kalau tak salah aku masa tukar untuk 4biji harganya RM11k lebih. Sekarang tak tahu la berapa. Ok sekian cerita untuk hari ini.

p/s Dapatkan ebook panduan asas kenderaan dengan harga yang paling rendah di sini
     Kalau sesiapa yang banyak duit nak beli dengan harga mahal, klik di sini

No comments: