8/12/2007

Masalah Gen2

Tidak dinafikan Proton Gen2 agak menarik juga dengan gaya 'Sporty'nya.Tetapi setiap keluaran ada juga kelemahannya.Setelah diteliti dan dikaji,saya dapati 'bumper' hadapan agak mudah tersangkut atau tergesel dengan permukaan yang tinggi.Ini menyebabkan 'bumper' amat mudah tercabut pada bahagian sisi.Cuba anda lihat pada gambar dibawah.Perhatikan 'bumper' yang telah tercabut dan diikat semula.
Pada bahagian Ekzos pula amat mudah berkarat,dan saya dapati ada diantara pamilik Gen2 yang memiliki ekzos yang agak panjang ( setelah ekzos patah :) ).Tetapi kos untuk menggantikannya agak murah.( harga diantara 100++ ).Untuk pengetahuan anda usia Gen2 pada gambar di atas baru mencecah setahun setengah.Tapi kenapa perkara ini boleh berlaku? Tak kan selepas menggunakan kereta kita perlu membalut ekzos dengan kain untuk mengelakkan daripada berkarat akibat kesan daripada cuaca?Adakah kesan daripada bahan cucian yang agak 'tajam' yang digunakan di car wash? Atau 'metarial' yang digunakan untuk membuat ekzos tersebut terlalu marah hinggakan kualiti dan daya ketahanannya tiada? Anda sendiri boleh menentukan jawapannya :)
Untuk gambar seterusnya cuba lihat pada Oil Sump ( takung minyak hitam ).Binaannya agak rendah dan lebih terdedah kepada lentingan batu atau besi di jalanraya.Selain daripada itu,batas jalan yang biasanya di bina dikawasan taman-taman atau shopping complex juga penyumbang kepada oil sump pecah.Tetapi semua ini tidak akan berlaku sekiranya anda mengelak daripada melanggar batu-batu atau besi-besi yang ada di jalanraya dan perlahankan kenderaan anda sebelum melalui batas jalan :).Tahukah anda kenapa oil sump dibuat daripada aluminium?dan kenapa tidak dibuat daripada besi? ini kerana aluminium mambantu untuk mempercepatkan proses penyejukkan minyak enjin.Biasanya kos untuk menggantikan oil sump yang baru sekitar rm200++.












1 comment:

Unknown said...

thanks for the info.. its good.. keep it up..