8/12/2007

Proton Waja


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Apakah yang ingin saya perkatakan mengenai proton waja?Sebenarnya saya amat berminat mengenai isu pembuka pintu bagi waja yang mudah patah.Sebenarnya saya sudah banyak kali menggantikan pembuka pintu bagi waja,dan apa yang saya dapati plastiknya amat nipis dan kecil.Selain daripada itu faktor cuaca juga boleh mempengaruhi,ini kerana apabila kereta terdedah pada cuaca yang panas,boleh menyebabkan plastiknya menjadi rapuh dan mudah patah.Tetapi cara untuk mengelakkannya daripada berlaku adalah dengan membuka perlahan-lahan dan lemah lembut.Selain daripada itu power window juga selalu juga meragam.kenapa ianya berlaku?Untuk menggantikannya juga agak rumit selain daripada kos yang agak tinggi.Apa yang saya lihat,Board di dalam pintu sebenarnya mudah patah kerana binaannya agak nipis.Untuk model waja yang baru,saya masih belum terima kes,dan mungkin proton telah menggantikannya dengan bahan yang tahan lama.Bagi Fuel Pump juga perlu digantikan yang baru di antara 2 tahun penggunaan.Saya pernah menggantikan beberapa buah fuel pump bagi waja dan semuanya usia sekitar 2 tahun.Masih muda lagi kan? ( Sila rujuk manual book untuk memastikan waktu penukaran komponen ).

No comments: