8/19/2007

Tiara?



Ada rupa Tiara tak?

Apa nk buat?



" mende nok buat ni..moh keluorr weh..asyik nengok muke awok jerk.."

Siapa yang bersalah????




Kenderaan Awam





Bersyukurlah kat negara kita tak macam ni :)

aDusHH taKK TahaNN


saFeTy FirSt!!











Pastikan anda tidak termasuk dalam golongan di atas :)




8/13/2007

aTok TiRi ProToN SaGa


"Untuk tatapan semua...dengarlah kisah hidupku ini.Aku dilahirkan di negeri jepun sekitar 1979,aku masih ingat lagi sewaktu aku dipisahkan dengan ribuan kembar seirasku..cuma berlainan colour je.Hatiku amat sedih bercampur gembira,gembira kerana aku akan dihantar ke negara MALAYSIA.Aku tahu yang diriku ini akan dimiliki oleh orang-orang kaya di sana...sampai je aku di sini...aku hanya berehat sekitar 2 hari je,kemudian aku dimiliki oleh seorang pegawai kerajaan yang mempunyai 6 orang anak dara yang sihat-sihat belaka.Seterusnya aku terus 'dikerjakan' ( sendiri mau ingat la macam mana aku ketika itu ).Ekonomi Malaysia berkembang dengan cepat sekali,begitu juga dengan teknologi permotoran.Macam-macam model baru keluar,hinggakan suatu hari tuan aku menjual diriku yang tak bersalah ni.Sejak daripada itu aku sering bertukar tuan...terasa diriku ini ibarat seekor toyol...Asyik tukar tuan je.Tapi aku bersyukur,kerana kesemua tuan aku menyayangi diriku ini dengan sepenuh hati,dan menjaga diriku dengan baik walaupun aku sudah 'senja'.Kulitku tidak lagi segebu dulu,kurap-kurap dan kudis-kudis mula menjalar keseluruh tubuhku..mujurlah tuan baruku ini menyapu ubat colour merah tu...( aduhh..pedih sekali )...tapi dia amat sayang sekali kepada ku...( eleh..sebab tak ada kereta lain la tu..)...Terima kasih tuan..

Perodua Kancil

Kalau anda lihat pada gambar sebelah,keadaan enjin sangat teruk kerana penjagaan yang sangat minimum.Cuba lihat pada anak panah yang berwarna merah.Ini boleh dikatakan kritikal kerana berlaku kebocoran yang teruk.Antara punca-punca berlakunya masalah ini adalah penggunaan yang lasak,memandu terlalu lama.Gantikan gasket yang baru untuk mengelakkan daripada keadaan menjadi lebih teruk.Sebenarnya daripada pemerhatian saya,kereta kancil sebenarnya lebih sesuai digunakan di sekitar kawasan yang dekat-dekat sahaja.Ok seterusnya lihat pada anak panah yang kedua,Joint pada hose tu perlu diganti bila sampai masanya ( sila rujuk manual book ).Ini kerana joint yang asal dibuat daripada plastik yang mana akhirnya akan reput dan patah dengan sendirinya.Sekiranya berlaku,kepanasan lampau ( overheating ) akan berlaku,dan ini akan menambahkan lagi kos untuk membaik pulih.Apa yang perlu anda buat sewaktu enjin overheating?Jangan la nak pandai-pandai buka radiator cap dan tuang air ke dalamnya.Ini akan memburukkan lagi keadaan kerana Cylinder Heat akan bengkok dan jalan terakhir top overhaul la jawabnya:) Kos untuk menggantikan joint tersebut sekitar RM15 ke bawah,manakala kos untuk top overhaul bagi kancil adalah sekitar RM400 ke atas.Yang mana anda pilih.......

aTuk dAn CucU


"Boring betul kena bergambar bersama-sama ni"

Top Overhaul


Sebenarnya ramai pelanggan tidak mengetahui mengapa kos untuk melakukan top overhaul agak tinggi.Ini kerana perkara yang paling leceh dan 'manja' sekali adalah Graindvalve atau dalam bahasa melayu nya 'mempelas injap'.Cuba lihat mamat disebelah tu bertungkus lumus untuk menyiapkan kerja yang mengambil masa sekitar 4-5jam untuk mendapatkan hasil yang terbaik dan mengelakkan daripada bocor.

Drive Shaft Rubber Boot


Ini lagi satu masalah besar ni.selalu je koyak.kenapa pula boleh koyak?emm..biasanya bila dah sampai usia kenalah ganti.tapi seelok-eloknya biarlah sebelum koyak.bila dah jadi macam ni,macam-macam kemungkinan akan berlaku.Antaranya Civil Joint mungkin perlu diganti yang baru kerana pasir-pasir telah 'berkampung' di dalam tu.Sebenarnya kos bagi untuk menggantikan drive shaft rubber boot bukanlah mahal,harganya bawah RM15..

8/12/2007

Kancil baru?

Kesian kancil ni.Tak pasal-pasal kene potong sampai macam ni sekali rupanya.Gambar ni diambil di salah sebuah Resort sekitar Kajang.Apa yang menariknya pihak Resort mengambil langkah bijak kerana kos penyelanggaraan bagi kenderaan amatlah murah berbanding kenderaan lain yang biasanya digunakan di padang golf.Setelah diteliti sebenarnya kereta ini bukanlah Perodua Kancil,tetapi adalah model Daihatsu Mira yang mungkin diimport khas dari negara Matahari Terbit,Jepun.Tapi orang tetap akan cakap INI KERETA KANCIL!

Proton Waja


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Apakah yang ingin saya perkatakan mengenai proton waja?Sebenarnya saya amat berminat mengenai isu pembuka pintu bagi waja yang mudah patah.Sebenarnya saya sudah banyak kali menggantikan pembuka pintu bagi waja,dan apa yang saya dapati plastiknya amat nipis dan kecil.Selain daripada itu faktor cuaca juga boleh mempengaruhi,ini kerana apabila kereta terdedah pada cuaca yang panas,boleh menyebabkan plastiknya menjadi rapuh dan mudah patah.Tetapi cara untuk mengelakkannya daripada berlaku adalah dengan membuka perlahan-lahan dan lemah lembut.Selain daripada itu power window juga selalu juga meragam.kenapa ianya berlaku?Untuk menggantikannya juga agak rumit selain daripada kos yang agak tinggi.Apa yang saya lihat,Board di dalam pintu sebenarnya mudah patah kerana binaannya agak nipis.Untuk model waja yang baru,saya masih belum terima kes,dan mungkin proton telah menggantikannya dengan bahan yang tahan lama.Bagi Fuel Pump juga perlu digantikan yang baru di antara 2 tahun penggunaan.Saya pernah menggantikan beberapa buah fuel pump bagi waja dan semuanya usia sekitar 2 tahun.Masih muda lagi kan? ( Sila rujuk manual book untuk memastikan waktu penukaran komponen ).

Masalah Gen2

Tidak dinafikan Proton Gen2 agak menarik juga dengan gaya 'Sporty'nya.Tetapi setiap keluaran ada juga kelemahannya.Setelah diteliti dan dikaji,saya dapati 'bumper' hadapan agak mudah tersangkut atau tergesel dengan permukaan yang tinggi.Ini menyebabkan 'bumper' amat mudah tercabut pada bahagian sisi.Cuba anda lihat pada gambar dibawah.Perhatikan 'bumper' yang telah tercabut dan diikat semula.
Pada bahagian Ekzos pula amat mudah berkarat,dan saya dapati ada diantara pamilik Gen2 yang memiliki ekzos yang agak panjang ( setelah ekzos patah :) ).Tetapi kos untuk menggantikannya agak murah.( harga diantara 100++ ).Untuk pengetahuan anda usia Gen2 pada gambar di atas baru mencecah setahun setengah.Tapi kenapa perkara ini boleh berlaku? Tak kan selepas menggunakan kereta kita perlu membalut ekzos dengan kain untuk mengelakkan daripada berkarat akibat kesan daripada cuaca?Adakah kesan daripada bahan cucian yang agak 'tajam' yang digunakan di car wash? Atau 'metarial' yang digunakan untuk membuat ekzos tersebut terlalu marah hinggakan kualiti dan daya ketahanannya tiada? Anda sendiri boleh menentukan jawapannya :)
Untuk gambar seterusnya cuba lihat pada Oil Sump ( takung minyak hitam ).Binaannya agak rendah dan lebih terdedah kepada lentingan batu atau besi di jalanraya.Selain daripada itu,batas jalan yang biasanya di bina dikawasan taman-taman atau shopping complex juga penyumbang kepada oil sump pecah.Tetapi semua ini tidak akan berlaku sekiranya anda mengelak daripada melanggar batu-batu atau besi-besi yang ada di jalanraya dan perlahankan kenderaan anda sebelum melalui batas jalan :).Tahukah anda kenapa oil sump dibuat daripada aluminium?dan kenapa tidak dibuat daripada besi? ini kerana aluminium mambantu untuk mempercepatkan proses penyejukkan minyak enjin.Biasanya kos untuk menggantikan oil sump yang baru sekitar rm200++.